Program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi
24 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 22 hingga 23 September yang lepas telah diadakan Program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi oleh Universiti Kelantan Malaysia (UMK) kepada semua petugas Pusat Internet Urban Poor bertempat di Hotel Sani, Kuala Lumpur. Program telah berlangsung dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Modul latihan pada kali ini adalah “Perancangan Strategik – Business Model Canvas”.
Sepanjang program berlangsung, semua petugas Pusat Internet diajar cara untuk merangka perniagaan mereka dengan lebih baik dan menjadi usahawan yang berdaya saing disamping menjadi petugas Pusat Internet. Mereka turut didedahkan cara untuk memulakan perniagaan menggunakan Model Canvas. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan perlu merangka perniagaan mereka dan seterusnya membuat pembentangan secara berkumpulan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: